Thursday, November 10, 2016

aktiviti menarik semporna


AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK DI SEMPORNA,SABAH.
Hasil carian imej untuk aktiviti BOHEY DULANG


     Pulau Bohey Dulang ni jarang orang snorkling / diving. Kebanyakan yang datang sebab nak hiking Bukit Bohey Dulang yang tinggi tu. Lagipun di Bohey Dulang ni sebenarnya lebih kepada penyelidikan dan pemuliharaan hidupan laut. Tu yang kurang sikit snorkling. Nak snorkling di Pulau Sibuan nanti.



   

        Pulau ini adalah antara pulau yang tercantik Lautan Sulawesi. Sebahagian daripada Taman Marin Tun Sakaran selain dari Pulau Bohey Dulang, Bodgaya, Tatagan, Sebangkat, Selakan, Maiga dan Mantabuan. Banyak lagi kan pulau yang boleh diexplore?








Regatta Lepa merupakan acara tahunan untuk semua peminat, pengusaha dan penggiat seni-budaya Bajau dan Lepa berkumpul. Melalui perayaan ini, kaum Bajau yang berada di merata tempat termasuk di pulau-pulau akan bertemu, bersosial dan bertanding. Pertandingan utama adalah merebut gelaran 'Lepa Tercantik'. Perayaan ini memakan masa 2 hingga 3 hari. Aktiviti sambutan Regatta Lepa dibahagikan kepada 2 kawasan utama iaitu 'Acara Laut' di tepi pantai dan 'Pentas Budaya' dan pameran di Padang Pekan Semporna. Pada sebelah malamnya pula, pengunjung berpeluang untuk menyaksikan persembahan kebudayaan tempatan sambil diselang-selikan dengan nyanyian artis tempatan. Pertunjukan bunga-api turut mewarnai langit Semporna pada malam tersebut.


    

No comments:

Post a Comment