Thursday, November 10, 2016

makanan yang menarik sermporna

MAKANAN YANG YANG SEDAP DI SEMPORNA,SABAH.







Latok atau gelaran yang diberi "Anggur Laut" merupakan sejenis tumbuhan laut menyerupai anggur berwarna hijau yang kecil saiznya. Latok boleh didapati di mana-mana pasar di Sabah dan juga dihidangkan di mana-mana restoran seafood di Sabah. Rasanya yang sedikit masin enak dimakan bersama sambal, ikan bakar dan nasi yang masih panas. Tumbuhan laut perlu dielakkan dari terkena cahaya matahari agar ianya tidak layu. Apabila Latok layu, rasanya akan menjadi tidak sedap. Milan selalu makan Latok ni. Kalau pergi pasar di KK confirm mama beli untuk dimakan seisi keluarga.




 

Putu atau juga dikenali sebagai Piutu merupakan sejenis makanan yang digunakan untuk menggantikan nasi. Bahan utama makanan ini ialah ubi kayu yang telah diperah airnya dan dimasak secara stim (dipanggil tepung 'Panggih'). Ada yang menggambarkan rasanya "seperti ubi kayu yang dicampur dengan tepung". Ianya sedikit kental dan melekit dan selalunya dibungkus seperti yang tertera dalam gambar. Putu lebih sedap dimakan bersama makanan laut yang juga makanan tradisional Sabah seperti Sagol, Kima, Tehe'-Tehe', Tayum dan banyak lagi. Gabungan combo antara Putu dan makanan-makanan laut tersebut juga dikatakan mampu membuka selera makan bagi yang mempunyai masalah kurang selera makan. Harga Putu kadang kala 50 sen sebungkus atau 3 bungkus bersamaan RM1. Milan pun selalu makan juga dan confirm berpeluh satu badan sebab lebih enak dimakan pedas-pedas. Paling siok kalau pedas-pedas mulut tu kita minum air sejuk. Slurppp 





Nasi Himpit Tehe'-Tehe'


Tehe-tehe adalah sejenis makanan laut yang terkenal di kalangan Bajau Pantai Timur Sabah. Ianya amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Cara penyediaan nya amat mudah dimana anda perlu mencuci tehe-tehe tersebut, masukkan beras ke dalamnya dan rebus. Selepas nasi sudah masak, potong tehe-tehe tersebut dan boleh dihidangkan. Ini lah yang dipanggil Nasi Himpit Tehe'-Tehe' Rasanya ada hampir-hampir macam telur ikan tapi memang sedap. 






Kima adalah sejenis kerang laut yang merupakan makanan tradisional Bajau Pantai Timur Sabah. Bajau Pantai Timur yang sememangnya terkenal sebagai "Sea Gypsies" amat handal dalam menyelam dan selalu mendapat Kima sebagai makanan harian pada masa dulu. Makanan ini boleh dimakan samada secara mentah (selepas dibersihkan) atau selepas dimasak. Kima yang dimasak selalu dicampurkan bersama sayur-sayuran.






Tompek atau juga dikenali sebagi Tinompeh merupakan makanan yang diperbuat daripada ubi kayu. Ubi kayu yang telah diparut dan diperah airnya (dipanggil tepung 'Panggih') akan digoreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga lah berwarna kekuning-kuningan. Tompek juga selalu dijadikan makanan menggantikan nasi dan dimakan bersama lauk-pauk seperti sayur-sayuran dan ikan. Ianya juga terkenal di kalangan kaum Suluk di Sabah.






Bamban juga merupakan sejenis makanan yang dimasak daripada tepung 'Panggih'. 'Panggih' merupakan ubi kayu yang telah diparut dan diperah airnya sehingga ia menjadi seakan-akan tepung. Bamban disediakan dengan memasukkan tepung 'Panggih' ke dalam daun (daun seperti daun pisang atau daun pokok kelapa) dan di-stim sehingga masak. Setelah masak, ianya boleh dihidang dan dimakan bersama lauk-pauk seperti sayur dan ikan.






Tayum, yang juga dikenali sebagai landak laut, merupakan antara makanan laut yang telah menjadi tradisi makanan kegemaran Bajau Pantai Timur Sabah. Ianya mudah ditangkap kerana pergerakan yang perlahan. Tetapi perlu berhati-hati dengan durinya yang tajam. Mengeluarkan isi Tayum juga ada caranya. Isinya berwarna sedikit kuning seperti kunyit. Ianya sedap dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama nasi sebagai lauk.






Seafood lagi! Kahanga merupakan makanan tradisional suku kaum Bajau Pantai Timur Sabah. Kebanyakan makanan Bajau dari Pantai Timur lebih kepada ubi kayu dan juga makanan laut. Sebab tu lah semua makanan dalam list ini lebih kepada seafood dan ubi kayu. Kebanyakan restoran seafood di Sabah ada menyediakan makanan ini. Cara pemakanan nya tidak lah susah sangat. Kita cuma perlu menggunakan lidi pencungkil gigi (kadang kala menggunakan pin) untuk mencungkil keluar sesungut nya. Ianya sedap dimakan bersama samabal atau kuah atau dimakan bersama nasi.

No comments:

Post a Comment