Wednesday, November 9, 2016

Antara Pulau Yang Menarik Di Semporna
Image result for peta sabah pelancongan





























  1. Daerah Semporna, Sabah dikenali dengan air laut jernih, cahaya matahari yang muncul disebalik horizon dan keputihan pepasir yang mengelilingi pulau-pulaunya. Terumbu karang, paya bakau dan lambaian pepohon kelapa menyerikan lagi panorama ini. Ia masih tidak terganggu, tidak terusik dan asli, bagaikan masa tidak pernah berdetik walau sesaat tatkala kebanyakkan tempat sudahpun membangun pesat.
  2. Selamat Datang ke Semporna. Setanding maksudnya dalam bahasa Melayu dan Bajau, ianya ‘sungguh sempurna’ sekali. Daerah Semporna berada pada kedudukan pantai timur Sabah, lebihkurang 1 jam perjalanan udara daripada Bandaraya Kota Kinabalu dan anda akan sampai ke Lapangan Terbang Tawau. Dari situ, anda cuma perlukan 1 jam lagi untuk sampai ke daerah cantik ini.
  3. Daerah Semporna mempunyai keluasan 442 batu persegi atau 113,412 hektar (282,880 ekar) dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu Tanah Besar Semporna dan Kawasan Pulau yang dikenali sebagai Pulau Bum-Bum dan pulau-pulau sekitarnya. Daerah Semporna berhampiran dengan sempadan perairan antarabangsa iaitu Filipina dan Indonesia.
  4. Anda mungkin bertanyakan apa istimewanya Semporna? Dan pertanyaan ini bagaikan terjawab sebaik sahaja anda menjejak kaki ke sini. Dari jauh kelihatan pulau-pulau peranginan yang berbalam seolah-olah terapung dipermukaan laut. Terdapat 49 pulau keseluruhannya yang menjadi tapak kepada 119 kampung orang-orang tempatan. Apabila anda mengalihkan pandangan ke arah samudera, ia bagaikan lukisan, kelihatan air laut sejernih kristal yang bertukar dari hijau zamrud ke hijau tua, dari biru muda ke biru tua. Dasar lautnya jelas kelihatan dengan terumbu karang, ikan-ikan berwarna-warni dan pasir halus memutih bagai melambai-lambai perasaan anda untuk sama-sama terjun menikmati keindahan alam semulajadinya.
  5. Di sini terdapat sebuah pekan yang juga dikenali dengan Semporna. Pekan Semporna menyediakan segala kemudahan dari jabatan kerajaan ke syarikat swasta, dari kedai kecil ke gedung perniagaan besar. Bayu laut yang meniup lembut ke muka anda tatkala anda mundar-mandir di sini melengkapkan lagi suasana lawatan anda. Di pekan Semporna, anda akan melihat percampuran pelbagai budaya, bahasa dan bangsa – Bajau, Suluk, Melayu, Cina, Kadazan dan ‘Palauh’ hidup harmoni sejak dahulu lagi. Deretan bot-bot penambang, kapal-kapal besar dan perahu-perahu layar tradisional memenuhi ruang gigi airnya.
  6. Daerah Semporna menempatkan Pulau Sipadan yang terkenal kepada penyelam dalam dan luar negeri. Ramai ahli samudera dan penyelam professional datang saban tahun untuk meneroka keindahan lantai lautnya. Kehidupan marin di sini adalah pelbagai, dari hidupan mikro ke kerang gergasi, dari ikan buran ke jerung harimau dan dari udang geragau ke ‘lobster’ menjadi sebab mengapa penyelam ini datang ke mari. Tarikan lain seperti dinding dan gua melengkapkan lagi penerokaan bawah laut anda. Pulau peranginan lain yang terkenal ialah Pulau Mabul, Kapalai, Mataking dan Sibuan.




MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN


  1. BORNEO GLOBAL SIPADAN BACKPACKERS(SEMPORNA)
agensi pelancongan
Ground first dan second florr,bangunan seafest jalan causeway semporna sabah,91308 semorna malaysia.
Bandar:semporna                                                                            telefon:089785088
pos:91308
wilayah pentadbiran:sabah                                                            
negara;malaysia

2. MONKEY DIVES LODGE,BORNEO
agensi pelancongan
monkey dives lodge,pulau bum-bum 91308 semporna
Bandar:semporna                                                                            telefon:016-2001451
pos:91308
wilayah pentadbiran:sabah
negara;malaysia


















  


 

 

 

No comments:

Post a Comment